Monday, 19 January 2015
APLIKASI KOMPUTER BACAAN IQRA
Kepentingan mempelajari serta mengajar al-Quran suatu yang tidak dapat dipertikaikan lagi kerana ia merupakan sumber asas dalam pembinaan manusia.Membaca al-Quran adalah ibadah yang diberi pahala oleh Allah kepada pembacanya jika dibaca dengan sebutan yang betul serta mengikut kaedah bacaan dan hukum tajwid.Hal ini selaras jika dirujuk kepada beberapa hadis yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w tentang kepentingan al-Quran diantaranya yang bermaksud : "Didiklah anak-anak mu dengan tiga perkara: mencintai nabi mu,mencintai ahlul baitnya,dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada di dalam lindungan singgahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan-Nya,mereka berserta para nabi-Nya dan orang-orang suci".
Kaedah Iqra adalah suatu kaedah pengajaran dam pembelajaran membaca al-Quran yang disusun sebagai usaha mengubahsuai kaedah lama.Pada awal perkembangannya,kaedah ini digunakan dalam majlis tadarus remaja di Wilayah Yogyakarta dan wilayah persekitarannya yang berpusatkan di masjid dan musholla.Kegiatan ini diadakan seminggu sekali kerana kaedah ini mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat.Maka pada masa itu ditubuhkan 600 majlis pengajian al-Quran yang diikuti oleh semua lapisan masyarakat dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa.
Kesimpulannya,kejayaan yang dicapai kaedah iqra telah tersebar luas di Indonesia mahupun di negara-negara jiran seperti Malaysia,singapura dan brunei.Di Malaysia kaedah iqra dijadikan kaedah pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran di sekolah-sekolah seluruh negeri.Ini disokong oleh kajian yang dilakukan Mohd Alwi Yusoff et.al (2003) tentang keberkesanan kaedah iqra di 27 buah sekolah di beberapa buah negeri di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 6 buah sekolah agama swasta.Secara keseluruhan mereka menyatakan kaedah iqra pada umumnya memberi kesan baik terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah rendah kebangsaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment