Thursday 25 December 2014

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN J-QAF

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR 
BERASASKAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN J-QAF.

SITI FATIMAH AHMAD
ABDUL HALIM TAMURI
  
  Artikel ini membincangkan tahap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan teknologi multimedia (TMm) dalam pengajaran guru j-QAF.Dalam meningkat kualiti pengajaran dan pembelajaran,penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilihat amat efektif dan sesuai kepada para pendidik.Artikel ini menjelaskan dapatan kajian berkaitan persepsi guru-guru j-QAF terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalm pengajaran mereka.Hasil kajian mendapati bahawa guru j-QAF mempunyai persepsi yang tinggi terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran secara umum dengan nilai purata min 4.00.Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi penggunaan BBM berasaskan TMm dalam kalangan guru berdasarkan jantina,lokasi sekolah dan bidang pengkhususan mereka.

PENDAHULUAN

  Di Malaysia,era perkembangan teknologi maklumat telah mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan.kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam konteks masyarakat berpengetahuan hari ini semakin meningkat,sejajar dengan perubahan dimensi dan inovasi dalam TMK.
  Berikutan itu juga,perkembangan pesat dalam pembangunan industri negara dan ledakan teknologi maklumat dapat membantu meningkatkan penggunaan teknologi inovasi dan konvensional kearah memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan pembangunan modal insan pelajar.Situasi ini menyaksikan perlunya kualiti dalam peningkatan infrastruktur sokongan yang berkesan dalam P&P melalui penggunaan BBM yang dapat membuka ruang lebih luas kepada para guru untuk mengaplikasi segala teori,kemahiran dan kepakaran yang sedia ada.
  Tamadun manusia yang semakin berkembang mendorong penggunaan teknologi moden dalam sistem pendidikan menjadikan usaha meringkas dan mempermudahkan BBM amat perlu supaya kanak-kanak yang baharu memasuki alam persekolahan mudah memahami pengajaran guru (Ahmad Kilani,2005).sehubungan dengan itu,penggunaan BBM berasaskan TMm dalam P&P,dilihat amat efektif dan sesuai untuk dilaksanakan di sekolah bagi semua mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam.Penggunaan TMm perlu dilihat secara optimis dan dilaksanakan secara proaktif oleh guru untuk meningkat kemahiran guru dalam pengajaran dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran.

PENGGUNAAN BBM BERASASKAN TMm DALAM PENGAJARAN

Perkembangan semasa pendidikan negara menggambarkan peningkatan dan perubahan dalam aspek P&P guru yang perlu diperbaiki dan dimurnikan dari semasa ke semasa.Sehubungan dengan itu ,pengkaji mendatangkan beberapa kajian berhubung dengan penggunaan teknologi komputer dan multimedia.Kajian-kajian ini menunjukan kepentingan penggunaan BBM berasaskan TMm dikenal pasti dapat meningkatkan keupayaan kompetensi guru dan juga dapat melakukan penilaian semula cara terhadap pengajaran dan pendekatan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah.
  Menurut dapatan kajian yang diperolehi oleh Abdul Halim (2004),keberkesanan kaedah P&P Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar dari segi tahap kualiti BBM adalah berada pada aras sederhana rendah (min=2.57).Kesedaran perlu dipertingkatkan kepada guru Pendidikan Islam bahawa guru Pendidikan Islam di Malaysia masih merupakan pengguna komputer bukannya pencipta atau kompeten komputer.Masalah ini timbul kerana guru di Malaysia masih kekurangan kompetensi dalam TMK (Abdul Halim dan Zaradi 2006).
  Hal ini turut dipersetujui oleh Baharudin dan Nik Rahimi (2008) yang menyimpulkan bahawa guru Pendidikan Islam haruslah bersikap positif dalam menerima ledakan TMK sebagai BBM masa kini.Penggunaan TMK dalam proses P&P yang merangkumi penggunaan media,alat,dan bahan dalam bentuk yang sistematik yang menyeluruh,mampu untuk mendatangkan kesan yang baik dan menarik tumpuan pelajar.
  Tidak  dapat disangkal lagi,penggunaan BBM berasaskan TMm menjadi satu kepentingan dalam sistem pendidikan diseluruh dunia.Walau bagaimanapun penggunaan BBm secara tradisional masih relevan dengan kehendak semasa pendidikan.

LATAR BELAKANG MASALAH

  Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru.Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem teknologi pengajaran menjadi lebih efektif menarik dan menyeronokan dengan penggunaannya akan menambah kualiti penyampaian guru.
  Dalam meningkatkan pencapaian pendidikan berkualiti,penggunaan BBm berasaskan teknologi multimedia tidak dapat dinafikan kepentingannya dalm menjayakan proses P&P guru dalam bilik darjah.Kegagalan para guru untuk melakukan perubahan melalui kaedah dan teknik dakm teknologi pengajaran merupakan cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani segera.Beban tugas guru dianggap sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada kegagalan guru menggunakan BBM berasaskan teknologi multimedia.
  Menurut Mustafa (2008),39.4% (n=198) guru bahasa arab menghadapi masalah dari segi kemampuan menguasai penggunaan BBM dalam pengajaran bahasa arab seperti bahan mengajar melalui internet,penggunaan slaid dan komputer,grafik,video,kaset dan penggunaan gambar rajah.Masalah yang dihadapi ini,menggambarkan kelemahan guru dalam menguasai pelbagai BBM bagi pengajaran bahasa arab.Masalah ini juga mempunyai kaitan dengan sesetengah sekolah dimana sekolah tersebut tidak mempunyai prasarana yang diperlukan disamping guru yang memandang ringan tentang penggunaan BBM.
  Berdasarkan perynataan masalah ini sekiranya kesediaan guru j-QAF dalam menggunakan BBM berasaskan TMm masih belum dikaji secara menyeluruh sama ada oleh pihak sekolah,pihak kementerian pelajaran atau para penyelidik lain.Oleh itu,sukar untuk mengenal pasti keberkesanan dalam proses P&P serta mutu pendidikan berkualiti.

METOLOGI KAJIAN

1. Mengenal pasti persepsi guru terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran j-QAF.
2. Perbezaan persepsi terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran guru j-QAF berdasarkan jantina.
3.  Perbezaan persepsi terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran guru j-QAF berdasarkan lokasi sekolah.
4.  Perbezaan persepsi terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran guru j-QAF berdasarkan bidang pengkhususan.

PERBINCANGAN

  Berdasarkan kajian ini didapati guru j-QAF mempunyai persepsi yang tinggi dalam penggunaan BBm berasakan TMm dalam pengajaran dan pembelajaran. Strategi dan pendekatan menggunakan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran guru perlu dirangka bagi merangsang dan menyuntik minat pelajar terhadap gaya penyampaian guru dalam bilik darjah. Gaya penyampaian merupakan aspek penting didalam proses pengajaran.
    Guru j-Qaf harus peka dengan senario yang berlaku dalam dunia pendidikan semasa. Kelebihan media elektronik dalam pendidikan perlu dimanfaatkan oleh guru j-Qaf kerana media tersebut membantu dalam mencakup keupayaan input,paparan,penyimpanan,pencarian,penyalinan,perolehan,perhubungan,
manipulasi,pengiraan,simulasi dan animasi. Faedah yang diperolehi dengan menjadikan elemen teknologi multimedia sebagai BBM didalam bilik darjah harus dimanipulasikan semaksimum mungkin kerana dapatan hasil kajian menunjukkan banyak kebaikan penggunaan teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sikap guru-guru j-QAF dalam menerima perubahan ini adalah penting bagi memastikan P&P mereka lebih efektif dan kreatif. Keperluan untuk memahirkan diri dengan penggunaan komputer sebagai BBM berasaskan TMm hendaklah dipertingkatkan agar guru menjadi lebih kreatif dalam membina bahan yang memudahkan kefahama pelajar terhadap isi kandungan pelajaran.
  Berdasarkan kajian-kajian lalu, tidak dapat disangkal akan kepentingan penggunaan teknologi komunikasi dan teknologi multimedia dalam meningkat dan menambahbaik proses pengajaran guru dalam bilik darjah. Malahan didapati juga terdapatnya peningkatan minat dan motivasi pelajar terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm. Daripada hasil-hasil kajian tersebut secara amnya bahawa kejayaan dan keberkesanan penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran guru, bergantung kepada kemahiran dan sikap guru itu sendiri untuk meningkatkan kecekapannya dalam membina dan menyediakan BBM berasaskan TMm.

KESIMPULAN

  Kajian mendapati persepsi guru terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm secara puratanya tinggi. Tidak dinafikan juga terdapatnya beberapa masalah dan halangan secara teknikal dalam meningkat kemahiran penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran. Oleh yang demikian, guru-guru j-QAF mesti berusaha untuk meningkatkan kemahiran masing-masing agar pengajaran yang dilaksanakan bagi semua model-model program j-QAF dapat menunjukkan keberkesanan sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif program tersebut. Kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor-faktor lain iaitu jantina,lokasi sekolah dan bidang pengkhususan guru tidak memberikan yang signifikan kepada persepsi mereka terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam kalangan guru-guru j-QAF. Daripada dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan dalam ketiga-tiga pembolehubah diatas. Hal ini menunjukkan bahawa kemampuan dan upaya guru itu sendiri penting dalam membina persepsi guru terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm di sekolah mereka.

RUJUKAN

Siti Fatimah Ahmad
Abdul Halim Tamuri
 

No comments:

Post a Comment