KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pendahuluan
Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberi rangsangan pembelajaran kepada murid,malah dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka (Abd.Rahman 1992).Koh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan sekiranya diteliti dengan lebih mendalam,sifatnya adalah lebih terbatas dan lebih khusus kerana ianya bertujuan untukmembaiki kelemahan pembelajaran murid.Oleh yang demikian,selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa,Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk membantu murid-murid ini dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik dan memajukan diri seperti mana yang dicapai oleh murid-murid lain khususnya yang sebaya dengan mereka.
Antara kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran :
1)Mengubah peringkat membuat keputusan :
Kebiasaannya penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan,bukan semasa peringkat merancang dan menentukan kurikulum.Oleh itu maka terjadilah penggunaan media secara sesuka hati tanpa berdasarkan perancangan yang sistematik.Dengan penerimaan teknologi pengajaran dalam peringkat perancangan kurikulum,perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah.Cara ini akan lebih menjamin keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan.
2)Mengubah sistem atau pendekatan pengajaran :
Teknologi pengajaran boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran.Ia boleh bertukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional,menerima sistem pembelajaran jarak jauh,sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas.Teknologi pengajaran boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun.Sebagai contoh,kurikulum pengajaran literasi komputer.Dalam perancangan pengajaran ia melibatkan penggunaan komputer,pembinaan pengetahuan melalui pembelajaran usaha sama,penyelesaian masalah dan penggunaan strategi pembelajaran penguasaan.Penggunaan teknologi pengajaran terutamanya teknologi maklumat,mungkin mengubah cara jadual waktu dirancang dan dilaksanakan di sekolah,maktab dan universiti.Proses pengajaran dan pembelajaran pula berpusatkan pelajar dan berasaskan pengetahuan dan maklumat.Guru hanya mengurus aktiviti pembelajaran dan menyediakan sebanyak mungkin pengalaman dan pencarian maklumat menggunakan teknologi baru untuk pembelajaran.
3)Mengubah pengalaman pembelajaran :
Tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan.Oleh itu pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi.Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus bagi menguasai sesuatu perkara.Secara amnya menyifatkan teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang berusaha kearah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Ashinida dan Mohd Shabri (2004).Kajian yang dijalankan mendapati bahawa kesemua 40 respondan yang dikaji menyatakan bahawa Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) boleh membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam bahasa,menjimatkan masa dan tenaga semasa prosen pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan pelaksanaan proses pengajaran guru.90% daripada respondan yang dikaji juga menyatakan bahawa program PBBK dapat meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Baharudin (2005) mendapati bahawa penggunaan teknologi dalam harus diberi keutamaan bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Penggunaan alat teknologi seperti komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah altenatif yang produktif dalam proses perpindahan maklumat dan kemahiran.Selain itu,ekses guru dan pelajar dapat ditingkatkan melalui penggunaan komputer.Penggunaan komputer dapat meningkatkan penyerapam maklumat yang pantas dan teratur.
Seperti mana yang telah dinyatakan,teknologi pengajaran adalah satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan kemudahan dan peralatan ICT sebagai salah satu medium utama dalam pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah.Penggunaan komputer,laptop,LCD,projektor,cakera padat dan pelbagai elemen ICT lain dijadikan sebagai bahan bantu mengajar yang dapat menarik dan meningkatkan kecenderungan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran.Melalui intregrati ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar.Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori kontruktivisme.
( Baharudin,Mohd Bilal & Muhammad Kasim 2001),menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif.Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran secara kontruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi.Perkara yang penting dalam integrati ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P.. dan sebagai satu cara guru menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.
Melalui penggunaan komunikasi elektronik e-mel,net meeting,chat room dan sebagainya guru dan murid dapat bertukar tukar idea sesama sendiri atau dengan guru dan pelajar dari sekolah yang lain.Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan komunikasi guru dan murid disamping mendapat ilmu baru mengenai kebudayaan dan negara masing-masing.Pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiram pemprosesan perkataan,pengkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi.Kemahiran dan peguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.
Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas.Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar,menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks,grafik,audio video dan animasi.Ict dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersunguh-sungguh diantara pemimpin sekolah,guru,pelajar dan semua pihak.Teknologi multimedia dan juga internet menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainandaripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisi.Menerusi penggunaan teknologi yang moden ini,para pelajar dapat menguasai sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari.Di samping itu teknologi maklumat dan internet juga menyediakan kebolehan interaktiviti.
Kesimpulan
Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan dan bijak dalam mentakbir negara pada masa akan datang.Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan komputer pada pendidikan peringkat awal adalah kurang perlu ekoran daripada ketidak sediaaan para pelajar menerimanya,namun pandangan seperti ini perlu diperbetulkan agar semua pihak sama ada ibu bapa,penjaga,guru dan masyarakat secara keseluruhannya perlu melihat kepentingan penguasan kemahiran ini pada masa akan datang.
Adalah menjadi tanggungjawab intitusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang.OLeh yang demikian,pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak.Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka daripada menuntut ilmu.
Rujukan :
1)Abd.Rahman (1992)
2)Koh Boon (1982)
3)Baharudin (2005)
4)Baharudin,Mohd Bilal,Muhammad kasim (2001)
5)Kementerian Pelajaran Malaysia
No comments:
Post a Comment