Friday, 27 February 2015

Perisian aplikasi yang unik ( Bukan perisian Microsoft mahupun Produk Windows) yang boleh digunakan untuk pembelajaran.

Pengenalan

Maksud Application Software (Perisian Aplikasi)

(tajuk berkaitan: maksud perisian aplikasi, erti perisian aplikasi, apa itu perisian aplikasi, definisi perisian aplikasi)
Application Software (Melayu:Perisian Aplikasi) adalah sejenis kategori perisian komputerdi mana perisian tersebut melakukan tugasan penggunaan (application) untuk pengguna akhir komputer (end users). Contohnya, perisian aplikasi grafik menyediakan alat-alat khusus untuk pengguna melakukan kerja grafik.

FUNGSI PERISIAN
Fungsi yang paling kritikal adalah bekerja terus dengan perkakasan.
·       Mengurus sumber-sumber komputer
·       Menyediakan alatan untuk membolehkan sumber-sumber digunakan
·       Bertindak sebagai perantara di antara pengguna dan maklumat yang tersimpan di dalam komputer.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN PERISIAN SECARA SAH
  • perisian yang lengkap.
  • mempunyai “GUARANTEE” sah dan asli ( original ).
  • bantuan teknikal.
  • menerima upgrade atau patcher secara percuma atau hanya lebih murah.
2.2  Jenis Bahan Bantu Mengajar Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu : -       
   BBM bukan elektronik -     
   BBM elektronik -          
   Bahan- bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
  1. Papan tulis atau papan hitam

 2.Buku teks  

 3.Papan Pamer

 4.Fail tegak dan bahan bacaan  

 5.Gambar  

 6.Kad imbasan atau kad cantuman

 7.Carta 

 8.Grafik 

 9.Papan pengajaran 

 10.Model  
Jenis model
  1.  a.Model berskala-kadar pembesaran/pengecilan yang berbeza daripada bahan sebenar
  2.  b.Model potongan-keratan 
  3. c.Model olok-olok-gambaran tiga dimensi

  11.Boneka 

  12.Diorama  
  1.  1.Overhead projektor (OHP ) 
  2.  2.Trasparensi 
  •  a.Boleh disediakan dalam bentuk warna supaya memberi penegasan dan menarik perhatian
  •  b.Memberi keselesaan semasa penyampaian terutama jika trasparensi itu disediakan awal
  •  c.Boleh digunakan berulang kali dan penyampaian lebih bersistematik 
  • d.Trasparensi juga bersih berbanding papan kapur 
  1.  i-Kaedah tetingkap
  2.  ii-Kaedah singkapan 
  3. iii-Kaedah tindihan
  4. iv-kaedah pusing 
  5. v-kaedah urutan 
  6. vi-kaedah tampalan

3.Pita slaid ( Filem slaid ) 

4.Radio 

5.Televisyen dan VCR 

6.Filem tayangan /Filem jalur

7.Komputer  
  Kesimpulan          
             Senarai peralatan baru bagi teknologi pendidikan semakin bertambah dari semasa ke semasa yang didasari oleh konsep Penyelidikan dan Pembangunan. Justeru guru perlu memanfaatkan apa jua peralatan teknologi pendidikan, termasuk teknologi sistem audio demi penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang berasaskan teknologi pendidikan, baik yang berupa audio atau visual, dapat memaksimumkan fakta pengajaran yang dipelajari oleh pelajar. Ini kerana pendengaran dan penglihatan adalah dua saluran utama kemasukan maklumat kepada pelajar.
              Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Manakala tahap penggunaan peralatan audio visual seperti televisyen dan radio, radio dan kaset, gambar foto dan papan gulung pula adalah rendah.             

Thursday, 5 February 2015

CREATIVE COMMON LICENSE

CREATIVE COMMON LICENSE


 PENGENALAN

  Perbadanan Creative Common License bukan firma guaman dan tidak menawarkan undang-undang.Pengedaran lesen ini tidak mewujudkan hubungan peguamcara dan anak guam.Creative Cammon membekalkan maklumat ini dalam sedia ada.Creative Cammon tidak memberi waranti mengenai maklumat yang dibekalkan dan menolak liabiliti untuk kerugian yang diakibatkan penggunaannya.Karya tersebut diperuntukkan dibawah terma-terma lesen awam Creative Cammon (LACC atau LESEN).Karya tersebut dilindungi hak cipta dan undang-undang lain yang berkenaan.Sebarang penggunaan karya tersebut selain daripada yang dibenarkan di bawah undang-undang hakcipta atau yang diberi kuasa di bawah lesen ini diantara anda dan pemberi lesen adalah dilarang.Hakcipta,karya,anda dan pemberi lesen mempunyai maksud seperti yang diberikan di bawah.
  Dengan menggunakan sebarang hak-hak kepada karya tersebut yang diperuntukan di sini,anda menerima dan bersetuju untuk diikat oleh terma-terma dan syarat-syarat lesen ini.Pemberi lesen memberikan hak-hak yang dikandungi di sini sebagai balasan kepada penerimaan anda akan terma-terma dan syarat-syarat ini.

DEFINISI

a)"ANDA" ertinya seorang individu atau entiti yang melaksanakan hak-hak di bawah lesen ini,yang tidak pernah melanggar syarat-syarat lesen ini berhubung dengan karya tersebut atau yang telah menerima kebenaran yang nyata daripada pemegang lesen untuk melaksanakan hak-hak di bawah lesen namun terdapat pelanggaran.

b)"KARYA KOLEKTIF" ertinya karya tersebut keseluruhannya dalam bentuk tidak diubahsuai,bersama dengan sebilangan karya-karya yang berasingan dan bebas,digabungkan kesemuanya secara kolektif.

c)"KARYA TERBITAN" ertinya karya yang dicipta di dalam keseluruhannya atau sebahagiannya berdasarkan karya tersebut atau melalui terjemahan,penyesuaian.penyusunan semula,susunan dan perubahan karya tersebut dalam bentuk atau media lain kecuali karya kolektif yang tidak dianggap sebagai karya terbitan untuk tujuan lesen ini.Untuk mengelakkan keraguan,dimana karya tersebut adalah gubahan muzik atau rakaman bunyi,penyelarian(synchronisation).Karya tersebut dengan masa berhubungan dengan imej bergerak(synching) akan dianggap sebagai karya terbitan untuk tujuan lesen ini.

d)"KARYA" ertinya karya yang dilindungi oleh hakcipta yang ditawarkan oleh terma-terma lesen ini.

e)"LESEN" ertinya perjanjian lesen awam Creative Cammon ini diantara anda dan pemberi lesen.

f)"PEMBERI LESEN" ertinya individu atau entiti yang menawarkan karya tersebut di bawah terma-terma lesen ini.

g)"PENCIPTA ASAL" ertinya individu atau entiti yang mencipta karya tersebut.

h)"PENYAMPAIAN KEPADA AWAM ATAU PENYAMPAI KEPADA AWAM" ertinya pemancaran karya tersebut melalui cara wayar atau wireless kepada awam termasuk menyediakan karya tersebut kepada awam dalam cara di mana orang awam boleh mengekses karya tersebut dari tempat dan pada masa yang ditetapkan secara keseorangan oleh mereka.

i)"PERBADANAN PERLESENAN" ertinya satu persatuan atau organisasi lai nyang mempunyai sebagai matlamat utama atau salah satu daripada matlamat utamanya.Pemberian atau perundingan sama ada sebagai pemilik atau bakal pemilik hakcipta atau sebagai egen pemilik,lesen hakcipta sebagai balasan untuk pembayaran yuran lesen atau royalti dan matlamat termasuk memberikan lesen-lesen yang merangkumi karya lebih daripada seorang pencipta.

j)"SALINAN" ertinya pengeluaran semula sesuatu karya dalam bentuk tulisan,rakaman,filem,atau dalam apa-apa bentuk lain.

k) Melainkan konteks sebaliknya diperlukan.Perkataan yang melambangkan kata tunggal akan termasuk kata jamak danjuga sebaliknya dan perkataan malambangkan satu jantina akan termasuk semua jantina dan perkataan yang melambangkan orang akan termasuk perbadanan,pertubuhan yang tidak diperbadankan danpertubuhan serta perkongsian. 

TERMA-TERMA LESEN


  Pemberian lesen yertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat lesen ini.Pemberi lesen memberi anda satu lesen seluruh dunia,tanpa royalti tidak ekslusif untuk jangkamasa hakcipta karya tersebut untuk tujuan bukan komersial dalam mana-mana berikut :
  
 a) Membuat salinan karya tersebut.
 b) Menggabungkan karya tersebut ke dalam satu atau lebih daripda satu karya kolektif.
 c) Membuat salinan karya tersebut seperti yang digabungkan di dalam mana-mana karya kolektif.
 d) Mencipta karya terbitan.
 e) Membuat salinan karya terbitan.
 f) Menyampaikan kepada awam,petunjuk,tayangan,permainan atau mengedarkan karya tersebut.Karya terbitan atau karya tersebut seperti yang digabungkan di mana-mana karya kolektif.

  Hak-hak yang dibenarkan seperti di atas ini akan dirujuk sebagai hak-hak yang dilesenkan dan boleh digunakan dalam semua media dan format-format yang dikenali kini atau diperolehi atau dicipta kelak.Hak-hak di atas termasuk hak untuk membuat pengubahsuaian yang merupakan keperluan teknikal bagi penggunaan hak-hak yang dilesenkan dalam media atau format-format lain.Hak-hak yang tidak diberi secara nyata oleh pemberi lesen adalah dirizabkan,tetapi tidak terhad kepada hak-hak yang terbentang dalam seksyen penrizaban.
 
HAD-HAD  

  Hak-hak yang dilesenkan adalah pada setiap masa tertakluk kepada syarat dan terma seperti berikut :
a) Dibenarkan meyampaikan kepada awam,menunjuk,menayangkan atau mengedarkan karya tersebut dibawah terma-terma dan syarat-syarat lesen ini.
b) Mesti merujuk kepada lesen ini dan memasukkan sesalinan pengenalpasti sumber seragam (uniform resource identifier)(PPS) untuk lesen ini dalam setiap salinan karya tersebut.
c) Dilarang menawarkan atau mengenakan sebarang terma-terma ke atas pengguna karya yang akan mengubah atau menghadkan terma-terma lesen ini atau apa-apa hak yang diberikan di bawahnya atau penggunaan hak-hak yang diberikan oleh penerima.
d) Dilaran memberi sublesen karya tersebut.
e) Mesti mengekalkan semua notis-notis yang merujuk kepada lesen ini dan juga terhadap penolakan warati-waranti.
f) Dilarang meyampaikan,menunjukkan,menayangkan,memainkan atau mengedarkan kepada awam karya dengan menggunakan sebarang teknologi yang mengawal ekses atau pengguna karya tersebut dengan cara yang tidak konsisten dengan terma-terma lesen ini,mengubah atau menghadkan terma-terma lesen ini atau apa-apa hak yang diberikan di bawahnya.
g) Menerima tanpa rizab bahawa had-had di atas dipakai secara sama rata kepada karya seperti yang digabungkan di dalam karya kolektif.Selain daripada karya tersebut tertakluk kepada terma-terma lesen ini.
h) Dibenarkan menggunakan hak-hak yang dilesenkan hanya untuk penggunaan atau tujuan bukan komersial.Pertukaran karya tersebut dengan karya-karya berhakcipta yang lain melalui perkongsian fail digital atau selain daripada itu akan dianggap bukan komersial dengan syarat bahawa tiada bayaran pampasan kewangan dibuat berhubung dengan pertukaran tersebut.
i) Mesti mengekalkan semua notis-notis hakcipta untuk karya tersebut dalam penggunaan hak-hak yang dilesenkan dan membekalkan secara berpatutan dengan medium atau kaedah-kaedah yang anda gunakan.

HAK-HAK PENCIPTA ASAL 

  Anda tidak dibenarkan tanpa persetujuan pencipta asal atau selepas kematian : 
1) meyampaikan karya itu dengan apa cara sekalipun tanpa mengenalpasti pencipta asal atau di bawah satu nama lain daripada pencipta asal karya itu.
2) Merosak,mencacatkan dan mengubahsuai karya tersebut.

PENRIZABAN HAK-HAK KEPADA ROYALTI JIKA PENGGUNAAN ADALAH KOMERSIAL

  Jika anda menggunakan hak-hak yang dilesenkan untuk tujuan atau kegunaan selain daripada bukan komersial,pemberi lesen merizabkan hak ekslusif untuk memungut secara individu atau melalui perbadanan perlesenan atau lain-lain orang yang diberi kuasa,royalti-royalti berkenaan dengan penggunaan hak-hak yang dilesenkan.

LESEN SELANJUTNYA DARIPADA PEMBERI LESEN KEPADA PIHAK KETIGA

  Setiap kali anda menggunakan hak-hak yang dilesenkan berkenaan dengan karya tersebut atau karya kolektif,pemberi lesen menawarkan satu lesen terhadap karya tersebut kepada penerima di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang sama seperti lesen ini.

PENRIZABAN HAK-HAK UNTUK PERLEPASAN DI BAWAH TERMA-TERMA LESEN YANG BERLAINAN ATAU UNTUK MEMBERHENTIKAN PENGEDARAN KARYA TERSEBUT

  Tidak kira apa-apa yang dinyatakan di sini,pemberi lesen merizabkan hak untuk melepaskan karya tersebut di bawah terma-terma lesen yang berlainan atau berhenti mengedarkan karya tersebut pada bila-bila masa.Pemilihan seperti ini tidak akan melibatkan penarikan lesen ini (atau mana-mana lesen lain yang telah atau perlu diberikan di bawah terma lesen ini) dan lesen ini akan berterusan dengan seluruh kuasa dan kesan kecuali ditamatkan menurut peruntukan-peruntukan lesen ini.


HAK-HAK YANG TIDAK DIBERIKAN ADALAH DIRIZABKAN

  Semua hak-hak yang tidak diberikan secara nyata kepada anda di bawah lesen ini adalah dirizabkan

REPRESENTASI-REPRESENTASI WARANTI-WARANTI PENOLAKAN.


 
  Kecuali yang dinyatakan sebaliknya,pemberi lesen menawarkan karya tersebut dalam keadaan sedia ada dan tidak membuat sebarang reprensentasi-representasi,janji-janji atau waranti-waranti mengenai karya tersebut,sama ada secara nyata tersirat,statutori atau dalam apa-apa jua cara.Peruntukkan ini akan terus kekal setelah sebarang penamatan lesen ini.

PENGECUALIAN LIABILITI.
  

  Terlakluk kepada sebarang liabiliti yang tidak dapat dikecualikan atau dibataskan oleh undang-undang.Pemberi lesen mengecualikan kesemua liabiliti dan tidak bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan,kerugian atau kecederaan terhadap anda yang ditimbulkan melalui sebarang cara dari lesen ini atau pelaksanaan hak-hak yang dilesenkan atau dalam apa jua cara.Meskipun pemberi lesen menyedari atau telah dinasihati tentang kehilangan,kerugian atau kecederaan tersebut atau sebarang kemungkinan.Peruntukan ini akan terus kekal setelah sebarang penamatan lesen ini.

PENAMATAN

  Lesen ini dan hak-hak yang dilesenkan akan ditamatkan secara automatik oleh sebarang pelanggaran terma-terma lesen ini.Penamatan ini tidak akan memusnahkan atau mengurangkan kuasa atau kesan ikatan sebarang peruntukan dalam lesen ini yang secara nyata atau tersirat akan terus kekal atau terus kekal dan berkuasa setelah penamatan tersebut.Lesen-lesen dari orang yang menerima karya terbitan atau karya kolektif daripada anda di bawah lesen ini tidak akan ditamatkan selagi orang tersebut mematuhi lesen-lesen mereka.

KESIMPULAN

  Secara kesimpulannya,dapatlah disimpulkan bahawa creative common ini perlu diberi perhatian terhadap penggunaannya untuk menjaga hasil karya pencipta dan memberi tahu dunia apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dengan hasil karya mereka yang telah dihak ciptakan.Pengguna perlu memilih lesen yang sesuai untuk karya mereka .

RUJUKAN

1)creativecommon.org
2)youtube.com
3)en.m.wikipedia.org 

 





  




Monday, 26 January 2015

MASALAH PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MASALAH ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengenalan

  Pengajaran dan pembelajaran merupakan dua proses yang saling berkaitan sejak formalisasi pendidikan,terutamanya apabila kita melihat pembelajaran sebagai hasil pengajaran yang dikendalikam oleh pengajar.Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dikelas merupakan suatu proses yang penting dalam memperkembangkan ilmu dan pengalaman pelajar untuk menerokai dan memahami maklumat baru yang bakal disampaikan oleh guru mereka tidak kiralah dalam subjek ape pun.
  Sememangnya sudah sekian lama para pendidik berada dalam keadaan selesa menggunakan kaedah lama ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Kaedah lama ini bolehlah ditafsirkan sebagai kaedah yang mana guru dan pelajar saling bergantung antara satu sama lain.Kaedah ini juga menyaksikan penggunaan bahan bantu mengajar yang agak terhad seperti penggunaan kapur tulis,papan hijau,buku,teks dan sebagainya.Namun dekad terakhir abad ke-20 telah menyaksikan perubahan yang pesat serta diluar jangkaan walaupun perkembangan ICT dalam pendidikan telah bermula sejak akhir 1980an.Walaupun begitu,jika diperhatikan masih begitu sedikit bilangan guru yang mahu menggunakan bahan-bahan teknologi dalam proses pengajaran mereka khususnya dalam subjek Pendidikan Islam.

Definisi ICT

  ICT merupakan kepada ringkasan kepada information communication technology.jika diterjemahkan kepada bahasa melayu,ICT diertikan sebagai teknologi komunikasi dan maklumat.

Definisi Teknologi

  Teknologi berasal daripada perkataan latin 'texere' yang bermaksud membentuk atau menubuhkan.Sesuatu teknologi biasanya mempunyai aspek perkakasan(bahan atau objek fizikal)dan aspek perisian (asas infomasi untuk perkakasan tersebut).Biasanya kita menganggap teknologi merujuk kepada perkakasan.

Definisi Komunikasi

  Komunikasi boleh didefinisikan sebagai alat yang menggerakkan manusia.Oleh itu komunikasi berkait rapat dengan komuniti.Tanpa berkomunikasi,mungkin tidak wujud komuniti seperti mana tanpa komuniti,tidak akan wujud komunikasi.Ali sosiologi,Charsles Cooley menyebut komunikasi sebagai mekanisme yang melaluinya perhubungan manusia wujud dan berkembang .semua simbol minda berserta cara penyampaiannya menerusi ruang dan lambat laun mengekalkannya.(Schramm&Porter,1992).

Definisi Maklumat

  Maklumat telah membezakan komunikasi daripada aktiviti lain seperti berenang dan melontar batu.Semua fungsi komunikasi telah dinyatakan yang bertujuan untuk mengajar,berkongsi atau memproses maklumat.Maklumat bukan sekadar fakta atau kebenaran.berita atau arahan,tetepi ia merupakan suatu idea yang mampu mempengaruhi pemikiran manusia.
  Maklumant atau infomasi juga boleh didefinisikan sebagai corak tenaga utama yang mempengaruhi kemungkinan-kemungkinan yang ada untuk membolehkan individu membuat keputusan mereka sendiri,ia boleh dinyatakan dalam bentuk bahan(seperti dakwat pada kertas)ayau dalam bentuk tenaga(seperti nadi elektrik).Maklumat juga boleh gigantikan dengan sumber-sumber lain seperti wang atau tenaga.Oleh itu maklumat merupakan satu abtrak,sukar diungkap dengan kata-kata.Maklumat yang dicari oleh individu daripada kebanyakkan aktiviti komunikasi ialah apa-apa sahaja kandungan yang dapat membantu mereka membentuk atau mengatur sebahagian daripada aspek-aspek persekitaran yang bersesuaian.Mereka akan mencari maklumat sebanyak mungkin dengan tujuan untuk memudahkan mereka untuk membuat keputusan dalam hidup.
  Secara konseptual,ICT dapat diistilahkan sebagai pengintegrasian teknologi komputer dan teknologi komunikasi yang digunakan untuk menyebarkam maklumat.Perkara yang termasuk dalam kategori ICT ialah komputer,telefon,satelit,modem dan perkakasan serta perisian.

Tujuan Kajian

  Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang menghalang guru dalam mengaplikasikan penggunaan ICT ketika proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU-GURU.

Faktor Kekurangan Masa
   Kekangan terhadap masa menjadi salah satu faktor yang menghalang penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pengajaran.Hal ini kerana kadang-kadang seorang guru memerlukan masa yang khusus di luar sekolah bagi membuat persediaan terhadap alat yang melibatkan ICT yang kadang kala sedikit rumit.

Faktor Kekurangan Bahan Sumber
  Apa yang dimaksudkan dengan bahan sumber ialah kekurangan alat atau kelengkapan terhadap alatan ICT.Justeru itu ianya akan menimbulkan masalah kepada guru ketika menggunakan peralatan ICT kerana peralatan tidak cukup atau tidak lengkap.Ini sekali gus menyebabkan guru akan hilang minat terhadap pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Faktor Kekurangan Panduan
  Kekurangan panduan terhadap alatan canggih atau berteknologi tinggi ini juga menjadi bebanan atau masalah kepada guru-guru yang kurang berkemahiran dalam penggunaan ICT.

Faktor Kurikulum Yang Samar 
  Kurikulum pada masa kini tidak mengaplikasikan secara keseluruhan subjek atau mata pelajaran diajar menggunakan kaedah ICT.Jadi ini bakal menimbulkan halangan kepada guru-guru yang ingin menggunakan pendekatan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kerana bimbang dan khuatir ianya lari atau bercanggah dengan kurikulum.

Faktor Kurang Sokongan Daripada Pihak Atasan
  Sikap sesetengah pihak atasan yangmengambil sikap lepas tangan dan kurang memberi sokongan terhadap para guru dalam penggunaan ICT juga mematikan semangat guru.Hal ini kerana guru-guru dibawah jagaan amat memerlukan sokongan sekiranya berlaku sebarang permasalahan yang berkaitan.Seharusnya sokongan yang kuat harus diberikan untuk menaikkan semangat guru namun apa yang berlaku guru dipandang lekeh dan tidak memberi sebarang kerjasama kepada guru untuk meningkatkan pengaplikasian ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Faktor Kekurangan Latihan Dan Bantuan Teknikal
  Dalam penggunaan ICT bukan semua di dalam penggunaan berjalan dengan senang dan lancar tanpa ada masalah yang berkaitan dengan aplikasi ICT,disebabkan itu latihan dan bantuan teknikal tidak mendapat kedudukan yang tinggi bagi mengurangkan segala masalah dalam ICT.Ini menyebabkan guru-guru melepaskan sahaja masalah yang dihadapi jika berlaku kerosakkan kepada sistem komputer.Masalah yang berlaku dalam sistem komputer tersebut menyebabkan guru tidak mengambil endah akan masalah yang dihadapi.
  Guru Pendidikan Islam di sekolah terpinggir dalam menerima latihan ICT sama ada latihan ICT anjuran Pejabat Pelajaran Daerah.Jabatan Pelajaran Negeri mahupun anjuran di peringkat Kementerian Pelajaran.Guru dari jabatan matematik dan sains ,jabatan bahasa,jabatan teknik vokasional dilihat mempunyai peluang yang lebih untuk dihantar berkursus ICT.Tanggapan guru Pendidikan Islam susah menerima perubahan,lambat memahami pengajaran ICT perlu diperbetulkan.Agihan latihan yang tidak menyeluruh menyebabkan guru Pendidikan Islam tidak dapat mengaplikasikan pelajaran mereka dengan pengajaran berasaskan ICT.

Faktor Guru Kurang Pengetahuan Dan Kemahiran Bersabit Komputer
  Guru-guru yang menggunakan pengaplikasian ICT ini bukanlah semua mempunyai kamahiran berkaitan dengan komputer,malah mereka bukanya mengambil subjek yang khusus mengenai kemahiran komputer sebagai subjek sampingan,mereka hanya menumpukan subjek khusus sahaja.Ini menyebabkan guru-guru Pendidikan Islam hanyan berpengetahuan berkemahiran komputer mengenai kemahiran asa komputer sahaja.Pengetahuan yang berkaitan dengan komputer para guru ini amat tipis sekali,berkemungkinan mereka berasa tidak yakin didalam mengaplikasikan penggunaan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Faktor Kegagalan Menempatkan Bilangan Komputer Yang Mencukupi
  Walaupun bilangan komputer mencukupi disediakan kepada pihak sekolah,akan tetapi masalah penempatan komputer menghadapi masalah kepada sekolah yang mempunyai keluasan yang agak terhad,biasanya sekolah yang tidak menyediakan ruang atau bilik komputer yang khusus untuk kegunaan para pelajar.Biasanya fenomena ini berlaku kepada sekolah agama kerajaan yang tidak mempunyai dana yang cukup untuk menyediakan ruangan komputer,lebih-lebih lagi untuk menyediakan ruang yang khusus untuk ruangan komputer.Jadi perkara ini merumitkan kepada guru yang ingin menggunakan kemudahan komputer sebagai proses pengajaran yang lebih menarik dan percubaan di dalam pengaplikasian ICT di dalam pengajaran.

Faktor Kurang Inisiatif Untuk Memantapakan Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Dalam Menintegrasikan ICT Dalam Bilik Darjah
  Kebiasaan guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan sumber primer seperti bahan bercetak,buku teks dan lain-lain untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar.Disebabkan oleh penggunaan ICT ini mengambil masa yang lama dalam proses memasukkam maklumat semasa ingin memulakan sesi pengajaran.Kadangkala berlaku permasalahan terhadap perisian komputer,jadi para guru mengambil inisiatif untuk melakukan proses pengajaran bersumberkan sumber primer sahaja yang mana proses pengajaran hanya berlaku di dalam kelas sahaja.

Faktor Kekurangan Peralatan Komputer Dan Peranti Komputer
  Kekurangan peralatan komputer menyebabkan sukar untuk menyelesaikan masalah jika berlaku permasahan terhadap komputer,begitu juga dengan perisian dan bahan-bahan pengajaran yang disediakan oleh pihak Kementerian khususnya Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral(JPAIM)dan Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP).Guru-guru Pendidikan Islam tidak menyedari bahawa wujudnya CD perisian dan sekolah juga tidak menerima bahan -bahan tersebut dan jika perisian tersebut diterima oleh pihak sekolah,adakah ia memenuhi piawaian serta keperluan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

CADANGAN
 
1) Guru yang berpengalaman memberi sokongan.
2) Penglibatan aktif guru dalam bengkel atau kursus teknologi yang disediakan.
3) Sekolah mempunyai kemudahan komputer yang mencukupi.
4) Sokongan dan galakan yang sepenuhnya daripada pihak pentadbir sekolah.
5) Masa pengajaran Pendidikan Islam harus mencukupi.

KESIMPULAN

  Secara keseluruhannya,daripada kajian yang telah dijalankan,dapat disimpulkan bahawa terdapat lima perkara utama yang menghalang guru-guru untuk menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  Perkara pertama ialah,mereka lebih terpengaruh dengan metod pengajara guru-guru yang lebih berpengalaman.Adakalanya mereka telah mempunyai motivasi dan perancangan untuk menerapkan kaedah pengajaran berasaskan ICT.Nanum disebabkan kritikan dan sindiran daripada guru-guru yang lama memperlekehkan mereka,mereka berasa putus asa dan malu untuk meneruskan niat tersebut.Justeru niat tersebut terkubur begitu sahaja.
  Perkara yang kedua yang menjadi penghalang penggunaan ICT oleh guru-guru ini ialah kekurangan penglibatan dalam kursus-kursus teknologi atau bengkel teknologi yang diadakan.Perkara tersebut menyebabkan guru-guru tidak memperluaskan kemahiran yang ada dan berpeluang mendapatkan ilmu teknologi yang baru.Kadang kala mereka tidak berpeluang menghadiri bengkel dan kursus ini disebabkan mereka tidak mempunyai masa.Mereka perlu menghabiskan silibus dan menyiapkan bebanan kerja pengkeranian.Oleh itu peluang untuk menghadiri kursus tersebut terlepas begitu sahaja.
  Selain itu,perkara yang menjadi penghalang dalam isu ini adalah kurangnya kemudahan komputer dan alatan ICT yang disediakan di sekolah.Hal ini kerana pihak sekolah tidak mendapat peruntukkan yang mencukupi.Pihak sekolah juga tidak mempunyai kewangan yang banyak untuk menambah bilangan komputer.Kekurangan komputer dan alat ICT yang lain menyebabkan usaha ke arah pengaplikasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran tergendala.
  Faktor seterusnya yang menghalang guru-guru untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran ialah kurangnya sokongan dan galakandaripada pihak pentadbiran sekolah.Hal ini tidak boleh dipandang ringan oleh pihak sekolah.Sungguh pun perkara ini dilihat sebagai inisiatif guru sendiri,tetapi pihak atasan sekolah harus peka terhadap perkembangan prestasi guru-gurunya demi meningkatkan kualiti pencapaian para pelajar.Hal ini kerana penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mampu membantu pelajar menguasai pembelajaran mereka.
  Faktor terakhir yang terlibat ialah faktor masa.Mereka menyatakan bahawa masa pengajaran tidak mencukupi.Oleh hal yang demikian,sukar bagi mereka untuk melakukan aktiviti membawa pelajar ke makmal komputer.Hal ini kerana kebiasaannya para pelajar akan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke makmal kerana mereka baru selesai menghabiskan sesi pembelajaran subjek sebelumnya yang mana adakalanya guru subjek tersebut lewat menghabiskan pengajarannya.
  Tuntasnya,guru-guru sewajarnya memandang penting terhadap pengajaran ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengkaji berpendapat bahawa guru-guru tidak seharusnya mewarisi mentod pengajaran guru-guru lama kerana tuntutan hidup di zaman ini tidak sama dengan situasi zaman dahulu.Kepesatan sains dan teknologi memaksa para guru khususnya guru Pendidikan Islam untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran di kelas.Hal ini seharusnya tidak dipandang sebagai beban malah hal ini merupakan peluang kepada para guru untuk menambah ilmu dan memperluaskan kemahiran yang ada di samping membantu mereka menjalankan proses pengajaran.

RUJUKAN

1)Abd.Latif Ghafur,2006.Domian Penilaian Dalam Teknologi Pendidikan Tanjong Malim: Penerbit Universiti Sultan Idris.
2)Ng Wai Kong,2002.ICT Dan Pengajaran.Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
3)Juriah Long,1998.Inovasi Dalam Pengkaedahan Pengajaran Bahasa,Sains Sosial Dan Teknologi Maklumat.Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
4)Goh Boon Cheng,2009.Pengurusan Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan.Puchong: Penerbit Multimedia Snd.Bhd.
4)Norazah Mohd Nordin & Mohamed Amin Embi,2008.Pengintegrasian ICT Dalam Pendidikan.Shah Alam: Penerbit Karisma Snd.Bhd.
5)Md Yusuff Daud & Maimun Aqasha Lubis,ICT Dalam Pendidikan Aplikasi,Isu Dan Cabaran Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam.Bangi: Penerbit  universiti Kebangsaan Malaysia.































 

Friday, 23 January 2015

KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 

Pendahuluan

  Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberi rangsangan pembelajaran kepada murid,malah dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka (Abd.Rahman 1992).Koh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan sekiranya diteliti dengan lebih mendalam,sifatnya adalah lebih terbatas dan lebih khusus kerana ianya bertujuan untukmembaiki kelemahan pembelajaran murid.Oleh yang demikian,selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa,Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk membantu murid-murid ini dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik dan memajukan diri seperti mana yang dicapai oleh murid-murid lain khususnya yang sebaya dengan mereka.

Antara kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran :

1)Mengubah peringkat membuat keputusan :
Kebiasaannya penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan,bukan semasa peringkat merancang dan menentukan kurikulum.Oleh itu maka terjadilah penggunaan media secara sesuka hati tanpa berdasarkan perancangan yang sistematik.Dengan penerimaan teknologi pengajaran dalam peringkat perancangan kurikulum,perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah.Cara ini akan lebih menjamin keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan.

2)Mengubah sistem atau pendekatan pengajaran :
Teknologi pengajaran boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran.Ia boleh bertukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional,menerima sistem pembelajaran jarak jauh,sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas.Teknologi pengajaran boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun.Sebagai contoh,kurikulum pengajaran literasi komputer.Dalam perancangan pengajaran ia melibatkan penggunaan komputer,pembinaan pengetahuan melalui pembelajaran usaha sama,penyelesaian masalah dan penggunaan strategi pembelajaran penguasaan.Penggunaan teknologi pengajaran terutamanya teknologi maklumat,mungkin mengubah cara jadual waktu dirancang dan dilaksanakan di sekolah,maktab dan universiti.Proses pengajaran dan pembelajaran pula berpusatkan pelajar dan berasaskan pengetahuan dan maklumat.Guru hanya mengurus aktiviti pembelajaran dan menyediakan sebanyak mungkin pengalaman dan pencarian maklumat menggunakan teknologi baru untuk pembelajaran.

3)Mengubah pengalaman pembelajaran :
Tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan.Oleh itu pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi.Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus bagi menguasai sesuatu perkara.Secara amnya menyifatkan teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang berusaha kearah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

   Ashinida dan Mohd Shabri (2004).Kajian yang dijalankan mendapati bahawa kesemua 40 respondan yang dikaji menyatakan bahawa Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) boleh membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam bahasa,menjimatkan masa dan tenaga semasa prosen pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan pelaksanaan proses pengajaran guru.90% daripada respondan yang dikaji juga menyatakan bahawa program PBBK dapat meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid.

  Baharudin (2005) mendapati  bahawa penggunaan teknologi dalam harus diberi keutamaan bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Penggunaan alat teknologi seperti komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah altenatif yang produktif dalam proses perpindahan maklumat dan kemahiran.Selain itu,ekses guru dan pelajar dapat ditingkatkan melalui penggunaan komputer.Penggunaan komputer dapat meningkatkan penyerapam maklumat yang pantas dan teratur.

  Seperti mana yang telah dinyatakan,teknologi pengajaran adalah satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan kemudahan dan peralatan ICT sebagai salah satu medium utama dalam pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah.Penggunaan komputer,laptop,LCD,projektor,cakera padat dan pelbagai elemen ICT lain dijadikan sebagai bahan bantu mengajar yang dapat menarik dan meningkatkan kecenderungan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran.Melalui intregrati ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar.Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori kontruktivisme.

 ( Baharudin,Mohd Bilal & Muhammad Kasim 2001),menunjukkan bahawa ICT dapat  membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif.Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran secara kontruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi.Perkara yang penting dalam integrati ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P.. dan sebagai satu cara guru menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.

  Melalui penggunaan komunikasi elektronik  e-mel,net meeting,chat room dan sebagainya guru dan murid dapat bertukar tukar idea sesama sendiri atau dengan guru dan pelajar dari sekolah yang lain.Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan komunikasi guru dan murid disamping mendapat ilmu baru mengenai kebudayaan dan negara masing-masing.Pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiram pemprosesan perkataan,pengkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi.Kemahiran dan peguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.

  Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas.Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar,menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks,grafik,audio video dan animasi.Ict dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersunguh-sungguh diantara pemimpin sekolah,guru,pelajar dan semua pihak.Teknologi multimedia dan juga internet menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainandaripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisi.Menerusi penggunaan teknologi yang moden ini,para pelajar dapat menguasai sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari.Di samping itu teknologi maklumat dan internet juga menyediakan kebolehan interaktiviti.

Kesimpulan

  Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan dan bijak dalam mentakbir negara pada masa akan datang.Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan komputer pada pendidikan peringkat awal adalah kurang perlu ekoran daripada ketidak sediaaan para pelajar menerimanya,namun pandangan seperti ini perlu diperbetulkan agar semua pihak sama ada ibu bapa,penjaga,guru dan masyarakat secara keseluruhannya perlu melihat kepentingan penguasan kemahiran ini pada masa akan datang.
  Adalah menjadi tanggungjawab intitusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang.OLeh yang demikian,pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak.Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka daripada menuntut ilmu.

Rujukan :

1)Abd.Rahman (1992)
2)Koh Boon (1982)
3)Baharudin (2005)
4)Baharudin,Mohd Bilal,Muhammad kasim (2001)
5)Kementerian Pelajaran Malaysia



Monday, 19 January 2015

APLIKASI KOMPUTER BACAAN IQRA



  Kepentingan mempelajari serta mengajar al-Quran suatu yang tidak dapat dipertikaikan lagi kerana ia merupakan sumber asas dalam pembinaan manusia.Membaca al-Quran adalah ibadah yang diberi pahala oleh Allah kepada pembacanya jika dibaca dengan sebutan yang betul serta mengikut kaedah bacaan dan hukum tajwid.Hal ini selaras jika dirujuk kepada beberapa hadis yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w tentang kepentingan al-Quran diantaranya yang bermaksud : "Didiklah anak-anak mu dengan tiga perkara: mencintai nabi mu,mencintai ahlul baitnya,dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada di dalam lindungan singgahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan-Nya,mereka berserta para nabi-Nya dan orang-orang suci".
  Kaedah Iqra adalah suatu kaedah pengajaran dam pembelajaran membaca al-Quran yang disusun sebagai usaha mengubahsuai kaedah lama.Pada awal perkembangannya,kaedah ini digunakan dalam majlis tadarus remaja di Wilayah Yogyakarta dan wilayah persekitarannya yang berpusatkan di masjid dan musholla.Kegiatan ini diadakan seminggu sekali kerana kaedah ini mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat.Maka pada masa itu ditubuhkan 600 majlis pengajian al-Quran yang diikuti oleh semua lapisan masyarakat dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa.
  Kesimpulannya,kejayaan yang dicapai kaedah iqra telah tersebar luas di Indonesia mahupun di negara-negara jiran seperti Malaysia,singapura dan brunei.Di Malaysia kaedah iqra dijadikan kaedah pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran di sekolah-sekolah seluruh negeri.Ini disokong oleh kajian yang dilakukan Mohd Alwi Yusoff et.al (2003) tentang keberkesanan kaedah iqra di 27 buah sekolah di beberapa buah negeri di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 6 buah sekolah agama swasta.Secara keseluruhan mereka menyatakan kaedah iqra pada umumnya memberi kesan baik terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah rendah kebangsaan.