Wednesday, 24 December 2014

PERANAN ICT DALAM PENYEBARAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI

 PERANAN ICT DALAM PENYEBARAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI
Prof.Madya Dr Syed Muhammad Dawilah al-Edrus
Pengarah Pusat Islam,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Ustaz Mohd Lufti Solehan
Penolong Pendaftar,Falkuti Pengurusan Teknologi,
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.


  DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DEFINISI ICT hidayah petunjuk" ICT atau dikenali dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merangkumi aspek teknologi maklumat dan komunikasi. Taknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama ('synchronous') melalui rangkaian setempat atau global.15 Teknologi Maklumat (information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas meluputi segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.16 Teknologi Maklumat boleh disimpulkan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemproesesandan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.

  Dakwah merupakan satu amanah Ilahi yang bersifat mulia atau sakral. Pekerjaannya diwariskan oleh Allah kepada para anbiaya' dan awlia' dari satu generasi ke generasi. Dakwah dan hikmah merupakan dua kalimat sinonim yang sarat dinukilkan di dalam al-Quran yang dikaitkan dengan kualiti ulu al-bab para pendakwah. Sebagai contohnya gerak kerja para Nabi dan Rasul sebagai da'i di dalam menyampaikan syariat Allah kepada ummatnya. Mereka dibekalkan dengan ilmu dakwah yang mantap dan cekap yang mencernakan kualiti unggul ulu al-bab. Dalam konteks pemikiran semasa (fikrah almu'asirah) yang bertanggungjawab melakukan dakwah adalah tugas ummat Islam yang tiada sebarang pengecualian. Semua sumber daya usaha ummat mesti digembeling ke arah memperkasakan iltizam dan meningkatkan tindakan kerja-kerja dakwah. Justeru penggunnaan ICT sesuatu yang releven dan penting digunakan bagi mempertingkatkan keberkesanan penyebaran dakwah kepada khalayak yang lebih ramai. Inilah satu daripada kaedah dakwah dalam menghadapi cabaran dan gugatan kerakusan serangan globalisasi kini. Kertas ini cuba mengupas persoalan ini dan cuba memberikan cadangan penyelesaian yang munasabah.

  Kehadiran teknologi multimedia adalah anugerah istimewa kepada dakwah.Keupayaan menghantar,menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas.Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara pendakwah dan sasarannya sahaja,malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik-bilik seminar bukan lagi di sempadani batu bata dan kayu,sebaliknya alam maya.dari segi sosialnya pula,pembangunan dakwah dari segi maltimedia dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakayt islam Malaysia,sama ada yang berada di dalam atau yang berada diluar negara.Mereka boleh saling memberi dan menerima pandangan,nasihat menasihati dan saling tegur menegur antara satu dengan yang lain.

  ICT mempunyai pengaruh dan banyak bahan asing dari luar negara yang dimuatkan dalam media tempatan.Daripada pengaruh ini terdapat unsur-unsur negatif yang menular masuk dalam budaya tempatan.Perkara ini akan menjadikan sesuatu dakwah yang hendak disampaikan tidak tepat dan mungkin akan diekspoitasi oleh fahaman-fahaman yang menyimpang dari ajaran islam sebenar.Kewujudan laman web lucah mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah,remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya hidup mereka.Pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya merubah paradigma,sosiobudaya dan bahasa komunikasi.Penjajahan budaya hidup barat dalam aspek pakaian,makanan,minuman,tingkahlaku,hiburan telah menukar jati diri manusia.

  Ketika pertama kali ianya diperkenalkan oleh para ilmuan barat,hampir dari kebanyakan tokoh islam memandangnya dengan rasa curiga,takut ia akan memberi kesan yang negatif dalam dunia masyarakat muslim yang mungkin boleh menimbulkan krisis kebudayaan,keruntuhan moral,hilang hormat terhadap norma-norma agama dan penyelewengan ilmu yang menjadi faktor kecurigaan mereka.

  Seseorang pendakwah haruslah kreatif.Kemudahan ICT sepatutnya digunakan secara maksima dalam rangka dakwah yang sesuai dengan ajaran islam.Mereka juga mestilah mempunyai kepakaran dan ilmu yang cukup dalam mengekploitasi dalam ICT.Suatu mekanisma penyelarasan yang berwibawa dan berkesan mestilah dibentuk bagi memastikan kegiatan dakwah menerusi multimedia dapat dilaksanakan dengan teratur dan rapi serta menepati pada sasarannya.Suatu gabungan dan jalinan yang kuat antara pakar-pakar muslim dalam pelbagai bidang dan antara institusi dan organisasi islam yang berwibawa sangat diperlukan.

  Seorang pemikir islam berasal dari Syria Dr.Muhammad Said Ramadhan al-Buthi menyatakan:"Ternyata ledakan ICT dan jaringan internet yg hampir menelan seluruh penjuru dunia adalah merupakan padang yang luas yang di situ muncul mimbar-mimbar yang menyuarakan kepentingan islam dengan memperkenalkan,mengajak(dakwah),membela dan menyelesaikan berbagai permasalahannya.

  Pada hakikatnya cara,kaedah dan method untuk berdakwah itu sangat banyak dan luas,atau bahkan mungkin tidak akan ada batasnya.Sebab semua yang mampu dilaksanakan oleh manusia selagi tidak bertentangan dengan syariat islam maka hal itu boleh dijadikan sebagai cara,kaedah dan method untuk berdakwah.

 

Uslub dakwah bukan hanya berpencak di atas pentas ceramah, bukan ...


No comments:

Post a Comment