Friday, 27 February 2015

Perisian aplikasi yang unik ( Bukan perisian Microsoft mahupun Produk Windows) yang boleh digunakan untuk pembelajaran.

Pengenalan

Maksud Application Software (Perisian Aplikasi)

(tajuk berkaitan: maksud perisian aplikasi, erti perisian aplikasi, apa itu perisian aplikasi, definisi perisian aplikasi)
Application Software (Melayu:Perisian Aplikasi) adalah sejenis kategori perisian komputerdi mana perisian tersebut melakukan tugasan penggunaan (application) untuk pengguna akhir komputer (end users). Contohnya, perisian aplikasi grafik menyediakan alat-alat khusus untuk pengguna melakukan kerja grafik.

FUNGSI PERISIAN
Fungsi yang paling kritikal adalah bekerja terus dengan perkakasan.
·       Mengurus sumber-sumber komputer
·       Menyediakan alatan untuk membolehkan sumber-sumber digunakan
·       Bertindak sebagai perantara di antara pengguna dan maklumat yang tersimpan di dalam komputer.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN PERISIAN SECARA SAH
  • perisian yang lengkap.
  • mempunyai “GUARANTEE” sah dan asli ( original ).
  • bantuan teknikal.
  • menerima upgrade atau patcher secara percuma atau hanya lebih murah.
2.2  Jenis Bahan Bantu Mengajar Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu : -       
   BBM bukan elektronik -     
   BBM elektronik -          
   Bahan- bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
  1. Papan tulis atau papan hitam

 2.Buku teks  

 3.Papan Pamer

 4.Fail tegak dan bahan bacaan  

 5.Gambar  

 6.Kad imbasan atau kad cantuman

 7.Carta 

 8.Grafik 

 9.Papan pengajaran 

 10.Model  
Jenis model
  1.  a.Model berskala-kadar pembesaran/pengecilan yang berbeza daripada bahan sebenar
  2.  b.Model potongan-keratan 
  3. c.Model olok-olok-gambaran tiga dimensi

  11.Boneka 

  12.Diorama  
  1.  1.Overhead projektor (OHP ) 
  2.  2.Trasparensi 
  •  a.Boleh disediakan dalam bentuk warna supaya memberi penegasan dan menarik perhatian
  •  b.Memberi keselesaan semasa penyampaian terutama jika trasparensi itu disediakan awal
  •  c.Boleh digunakan berulang kali dan penyampaian lebih bersistematik 
  • d.Trasparensi juga bersih berbanding papan kapur 
  1.  i-Kaedah tetingkap
  2.  ii-Kaedah singkapan 
  3. iii-Kaedah tindihan
  4. iv-kaedah pusing 
  5. v-kaedah urutan 
  6. vi-kaedah tampalan

3.Pita slaid ( Filem slaid ) 

4.Radio 

5.Televisyen dan VCR 

6.Filem tayangan /Filem jalur

7.Komputer  
  Kesimpulan          
             Senarai peralatan baru bagi teknologi pendidikan semakin bertambah dari semasa ke semasa yang didasari oleh konsep Penyelidikan dan Pembangunan. Justeru guru perlu memanfaatkan apa jua peralatan teknologi pendidikan, termasuk teknologi sistem audio demi penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang berasaskan teknologi pendidikan, baik yang berupa audio atau visual, dapat memaksimumkan fakta pengajaran yang dipelajari oleh pelajar. Ini kerana pendengaran dan penglihatan adalah dua saluran utama kemasukan maklumat kepada pelajar.
              Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Manakala tahap penggunaan peralatan audio visual seperti televisyen dan radio, radio dan kaset, gambar foto dan papan gulung pula adalah rendah.             

Thursday, 5 February 2015

CREATIVE COMMON LICENSE

CREATIVE COMMON LICENSE


 PENGENALAN

  Perbadanan Creative Common License bukan firma guaman dan tidak menawarkan undang-undang.Pengedaran lesen ini tidak mewujudkan hubungan peguamcara dan anak guam.Creative Cammon membekalkan maklumat ini dalam sedia ada.Creative Cammon tidak memberi waranti mengenai maklumat yang dibekalkan dan menolak liabiliti untuk kerugian yang diakibatkan penggunaannya.Karya tersebut diperuntukkan dibawah terma-terma lesen awam Creative Cammon (LACC atau LESEN).Karya tersebut dilindungi hak cipta dan undang-undang lain yang berkenaan.Sebarang penggunaan karya tersebut selain daripada yang dibenarkan di bawah undang-undang hakcipta atau yang diberi kuasa di bawah lesen ini diantara anda dan pemberi lesen adalah dilarang.Hakcipta,karya,anda dan pemberi lesen mempunyai maksud seperti yang diberikan di bawah.
  Dengan menggunakan sebarang hak-hak kepada karya tersebut yang diperuntukan di sini,anda menerima dan bersetuju untuk diikat oleh terma-terma dan syarat-syarat lesen ini.Pemberi lesen memberikan hak-hak yang dikandungi di sini sebagai balasan kepada penerimaan anda akan terma-terma dan syarat-syarat ini.

DEFINISI

a)"ANDA" ertinya seorang individu atau entiti yang melaksanakan hak-hak di bawah lesen ini,yang tidak pernah melanggar syarat-syarat lesen ini berhubung dengan karya tersebut atau yang telah menerima kebenaran yang nyata daripada pemegang lesen untuk melaksanakan hak-hak di bawah lesen namun terdapat pelanggaran.

b)"KARYA KOLEKTIF" ertinya karya tersebut keseluruhannya dalam bentuk tidak diubahsuai,bersama dengan sebilangan karya-karya yang berasingan dan bebas,digabungkan kesemuanya secara kolektif.

c)"KARYA TERBITAN" ertinya karya yang dicipta di dalam keseluruhannya atau sebahagiannya berdasarkan karya tersebut atau melalui terjemahan,penyesuaian.penyusunan semula,susunan dan perubahan karya tersebut dalam bentuk atau media lain kecuali karya kolektif yang tidak dianggap sebagai karya terbitan untuk tujuan lesen ini.Untuk mengelakkan keraguan,dimana karya tersebut adalah gubahan muzik atau rakaman bunyi,penyelarian(synchronisation).Karya tersebut dengan masa berhubungan dengan imej bergerak(synching) akan dianggap sebagai karya terbitan untuk tujuan lesen ini.

d)"KARYA" ertinya karya yang dilindungi oleh hakcipta yang ditawarkan oleh terma-terma lesen ini.

e)"LESEN" ertinya perjanjian lesen awam Creative Cammon ini diantara anda dan pemberi lesen.

f)"PEMBERI LESEN" ertinya individu atau entiti yang menawarkan karya tersebut di bawah terma-terma lesen ini.

g)"PENCIPTA ASAL" ertinya individu atau entiti yang mencipta karya tersebut.

h)"PENYAMPAIAN KEPADA AWAM ATAU PENYAMPAI KEPADA AWAM" ertinya pemancaran karya tersebut melalui cara wayar atau wireless kepada awam termasuk menyediakan karya tersebut kepada awam dalam cara di mana orang awam boleh mengekses karya tersebut dari tempat dan pada masa yang ditetapkan secara keseorangan oleh mereka.

i)"PERBADANAN PERLESENAN" ertinya satu persatuan atau organisasi lai nyang mempunyai sebagai matlamat utama atau salah satu daripada matlamat utamanya.Pemberian atau perundingan sama ada sebagai pemilik atau bakal pemilik hakcipta atau sebagai egen pemilik,lesen hakcipta sebagai balasan untuk pembayaran yuran lesen atau royalti dan matlamat termasuk memberikan lesen-lesen yang merangkumi karya lebih daripada seorang pencipta.

j)"SALINAN" ertinya pengeluaran semula sesuatu karya dalam bentuk tulisan,rakaman,filem,atau dalam apa-apa bentuk lain.

k) Melainkan konteks sebaliknya diperlukan.Perkataan yang melambangkan kata tunggal akan termasuk kata jamak danjuga sebaliknya dan perkataan malambangkan satu jantina akan termasuk semua jantina dan perkataan yang melambangkan orang akan termasuk perbadanan,pertubuhan yang tidak diperbadankan danpertubuhan serta perkongsian. 

TERMA-TERMA LESEN


  Pemberian lesen yertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat lesen ini.Pemberi lesen memberi anda satu lesen seluruh dunia,tanpa royalti tidak ekslusif untuk jangkamasa hakcipta karya tersebut untuk tujuan bukan komersial dalam mana-mana berikut :
  
 a) Membuat salinan karya tersebut.
 b) Menggabungkan karya tersebut ke dalam satu atau lebih daripda satu karya kolektif.
 c) Membuat salinan karya tersebut seperti yang digabungkan di dalam mana-mana karya kolektif.
 d) Mencipta karya terbitan.
 e) Membuat salinan karya terbitan.
 f) Menyampaikan kepada awam,petunjuk,tayangan,permainan atau mengedarkan karya tersebut.Karya terbitan atau karya tersebut seperti yang digabungkan di mana-mana karya kolektif.

  Hak-hak yang dibenarkan seperti di atas ini akan dirujuk sebagai hak-hak yang dilesenkan dan boleh digunakan dalam semua media dan format-format yang dikenali kini atau diperolehi atau dicipta kelak.Hak-hak di atas termasuk hak untuk membuat pengubahsuaian yang merupakan keperluan teknikal bagi penggunaan hak-hak yang dilesenkan dalam media atau format-format lain.Hak-hak yang tidak diberi secara nyata oleh pemberi lesen adalah dirizabkan,tetapi tidak terhad kepada hak-hak yang terbentang dalam seksyen penrizaban.
 
HAD-HAD  

  Hak-hak yang dilesenkan adalah pada setiap masa tertakluk kepada syarat dan terma seperti berikut :
a) Dibenarkan meyampaikan kepada awam,menunjuk,menayangkan atau mengedarkan karya tersebut dibawah terma-terma dan syarat-syarat lesen ini.
b) Mesti merujuk kepada lesen ini dan memasukkan sesalinan pengenalpasti sumber seragam (uniform resource identifier)(PPS) untuk lesen ini dalam setiap salinan karya tersebut.
c) Dilarang menawarkan atau mengenakan sebarang terma-terma ke atas pengguna karya yang akan mengubah atau menghadkan terma-terma lesen ini atau apa-apa hak yang diberikan di bawahnya atau penggunaan hak-hak yang diberikan oleh penerima.
d) Dilaran memberi sublesen karya tersebut.
e) Mesti mengekalkan semua notis-notis yang merujuk kepada lesen ini dan juga terhadap penolakan warati-waranti.
f) Dilarang meyampaikan,menunjukkan,menayangkan,memainkan atau mengedarkan kepada awam karya dengan menggunakan sebarang teknologi yang mengawal ekses atau pengguna karya tersebut dengan cara yang tidak konsisten dengan terma-terma lesen ini,mengubah atau menghadkan terma-terma lesen ini atau apa-apa hak yang diberikan di bawahnya.
g) Menerima tanpa rizab bahawa had-had di atas dipakai secara sama rata kepada karya seperti yang digabungkan di dalam karya kolektif.Selain daripada karya tersebut tertakluk kepada terma-terma lesen ini.
h) Dibenarkan menggunakan hak-hak yang dilesenkan hanya untuk penggunaan atau tujuan bukan komersial.Pertukaran karya tersebut dengan karya-karya berhakcipta yang lain melalui perkongsian fail digital atau selain daripada itu akan dianggap bukan komersial dengan syarat bahawa tiada bayaran pampasan kewangan dibuat berhubung dengan pertukaran tersebut.
i) Mesti mengekalkan semua notis-notis hakcipta untuk karya tersebut dalam penggunaan hak-hak yang dilesenkan dan membekalkan secara berpatutan dengan medium atau kaedah-kaedah yang anda gunakan.

HAK-HAK PENCIPTA ASAL 

  Anda tidak dibenarkan tanpa persetujuan pencipta asal atau selepas kematian : 
1) meyampaikan karya itu dengan apa cara sekalipun tanpa mengenalpasti pencipta asal atau di bawah satu nama lain daripada pencipta asal karya itu.
2) Merosak,mencacatkan dan mengubahsuai karya tersebut.

PENRIZABAN HAK-HAK KEPADA ROYALTI JIKA PENGGUNAAN ADALAH KOMERSIAL

  Jika anda menggunakan hak-hak yang dilesenkan untuk tujuan atau kegunaan selain daripada bukan komersial,pemberi lesen merizabkan hak ekslusif untuk memungut secara individu atau melalui perbadanan perlesenan atau lain-lain orang yang diberi kuasa,royalti-royalti berkenaan dengan penggunaan hak-hak yang dilesenkan.

LESEN SELANJUTNYA DARIPADA PEMBERI LESEN KEPADA PIHAK KETIGA

  Setiap kali anda menggunakan hak-hak yang dilesenkan berkenaan dengan karya tersebut atau karya kolektif,pemberi lesen menawarkan satu lesen terhadap karya tersebut kepada penerima di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang sama seperti lesen ini.

PENRIZABAN HAK-HAK UNTUK PERLEPASAN DI BAWAH TERMA-TERMA LESEN YANG BERLAINAN ATAU UNTUK MEMBERHENTIKAN PENGEDARAN KARYA TERSEBUT

  Tidak kira apa-apa yang dinyatakan di sini,pemberi lesen merizabkan hak untuk melepaskan karya tersebut di bawah terma-terma lesen yang berlainan atau berhenti mengedarkan karya tersebut pada bila-bila masa.Pemilihan seperti ini tidak akan melibatkan penarikan lesen ini (atau mana-mana lesen lain yang telah atau perlu diberikan di bawah terma lesen ini) dan lesen ini akan berterusan dengan seluruh kuasa dan kesan kecuali ditamatkan menurut peruntukan-peruntukan lesen ini.


HAK-HAK YANG TIDAK DIBERIKAN ADALAH DIRIZABKAN

  Semua hak-hak yang tidak diberikan secara nyata kepada anda di bawah lesen ini adalah dirizabkan

REPRESENTASI-REPRESENTASI WARANTI-WARANTI PENOLAKAN.


 
  Kecuali yang dinyatakan sebaliknya,pemberi lesen menawarkan karya tersebut dalam keadaan sedia ada dan tidak membuat sebarang reprensentasi-representasi,janji-janji atau waranti-waranti mengenai karya tersebut,sama ada secara nyata tersirat,statutori atau dalam apa-apa jua cara.Peruntukkan ini akan terus kekal setelah sebarang penamatan lesen ini.

PENGECUALIAN LIABILITI.
  

  Terlakluk kepada sebarang liabiliti yang tidak dapat dikecualikan atau dibataskan oleh undang-undang.Pemberi lesen mengecualikan kesemua liabiliti dan tidak bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan,kerugian atau kecederaan terhadap anda yang ditimbulkan melalui sebarang cara dari lesen ini atau pelaksanaan hak-hak yang dilesenkan atau dalam apa jua cara.Meskipun pemberi lesen menyedari atau telah dinasihati tentang kehilangan,kerugian atau kecederaan tersebut atau sebarang kemungkinan.Peruntukan ini akan terus kekal setelah sebarang penamatan lesen ini.

PENAMATAN

  Lesen ini dan hak-hak yang dilesenkan akan ditamatkan secara automatik oleh sebarang pelanggaran terma-terma lesen ini.Penamatan ini tidak akan memusnahkan atau mengurangkan kuasa atau kesan ikatan sebarang peruntukan dalam lesen ini yang secara nyata atau tersirat akan terus kekal atau terus kekal dan berkuasa setelah penamatan tersebut.Lesen-lesen dari orang yang menerima karya terbitan atau karya kolektif daripada anda di bawah lesen ini tidak akan ditamatkan selagi orang tersebut mematuhi lesen-lesen mereka.

KESIMPULAN

  Secara kesimpulannya,dapatlah disimpulkan bahawa creative common ini perlu diberi perhatian terhadap penggunaannya untuk menjaga hasil karya pencipta dan memberi tahu dunia apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dengan hasil karya mereka yang telah dihak ciptakan.Pengguna perlu memilih lesen yang sesuai untuk karya mereka .

RUJUKAN

1)creativecommon.org
2)youtube.com
3)en.m.wikipedia.org